CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
LAMAN BLOG WIRNAZYA FAMILY lebih banyak mengutarakan Pengajaran dan Pembelajaran serta tugas sebagai seorang guru..
serta memaparkan tentang perit manis
kehidupan yang telah dilalui
dan
perniagaan online sampingan yang baru sahaja diceburi..
Perkembangan blog ini akan sentiasa
dikemaskini dari masa semasa...
Perkongsian pengalaman dan perkembangan terkini juga akan saya utarakan...
InsyaAllah..Semoga dipermudahkan segala urusan..
.

http://rm90.ibct.my/715 -504d1eca5ea03

Friday 2 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran        :           Bahasa Melayu
Tahun                       :           3
Bil. Murid                 :           10 orang
Tema                         :           Cerita-cerita
Tajuk                         :           Kura-kura yang tidak berputus asa
Tarikh                        :           30 September 2011
Masa                         :           30 minit
Objektif                     :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
                                               murid dapat :
i)                    Membaca lancar dan memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.
ii)                   Mengemukan maksud cerita secara keseluruhan.
iii)                 Mengemukakan contoh perkataan berimbuhan dan kata dasar.
Hasil Pembelajaran                         :
Fokus  Utama
    6.1   Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
Aras 1
i)          Menyatakan idea tentang sesuatu teks yang dibaca.

Fokus Sampingan
      7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan     tersirat.
Aras 3
i)        Menghuraikan maksud keseluruhan teks yang dibaca.


Kemahiran Bahasa                           :      mendengar, membaca dan menulis
Sistem Bahasa                                  :     Imbuhan ( berlumba, mendapat )
Ilmu                                                    :     Pendidikan Moral
Nilai                                                    :     kasih sayang, hormat-menghormati,
                                                                   bersyukur.
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT) 
Kemahiran Berfikir                            :      menjana idea, menerangkan sebab,
                                                                    Menghubungkait dan mencirikan
Kemahiran Belajar                             :     mengumpul dan memproses maklumat.
Kecedasan Pelbagai                         :     kontekstual, interpersonal, verbal linguistik,
                                                                    Interpersonal.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengetahuan Sedia ada               :     Murid pernah membaca cerita tentang
                                                                     ‘Perlumbaan arnab dan kura-kura’
                                                                      yang terdapat dalam buku cerita.
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Bercerita mengenai haiwan :
i)                    Arnab
ii)                   Kura-kura
Set Induksi ( 5 minit )
1.      Murid akan memerhati gambar yang terpapar pada skrin.
2.      Murid bercerita tentang gambar haiwan tersebut
3.      Guru menjelaskan tujuan aktiviti dalam langkah berikutnya dan tajuk pelajaran.

KB : Menghubungkait,
Mencirikan
BCB :
Mendengar aktif
BBM:
Power Point
Menonton video
‘Kura-Kura Yang Tidak Berputus Asa’

Membaca petikan

Menjawab soalan pemahaman.

Langkah 1 ( 10 minit )
1.      Murid diminta menonton video petikan cerita ‘Kura-Kura Yang Tidak Berputus Asa’.
2.      Guru akan mengarahkan murid untuk membaca semula petikan secara bermaia-ramai.
3.      Guru akan memilih secara murid secara rawak untuk membaca petikan secara individu.
4.      Guru akan meminta murid untuk mengemukan isi tersirat dan tersurat cerita tersebut secara lisan.
5.      Bagi menguji kefahaman murid, guru akan mengarahkan murid untuk menjawab soalan pemahaman yang terpapar pada skrin dengan mengklik jawapan yang sesuai.


BCB:
Mendengar secara aktif, melaporkan maklumat.
KP :
Verbal-linguistik,
Interpersonal
Nilai :
Kesyukuran
Kerjasama
KB :
Menjana idea
BBM :
Power Point
Memaparkan kad imbasan yang mengandungi imbuhan.
Langkah 3 ( 10 minit )
  1. Guru akan meminta murid menyebut satu-persatu kad imbasan yang guru paparkan di hadapan.
  2. Kemudian guru akan menyoal murid semula tentang kad imabasan tersebut.
  3. Guru akan mengarahkan murid untuk menyebut contoh perkataan berimbuhan berdasarkan petikan yang telah dibaca.
  4. Bagi menguji tahap kefahaman, guru akan mengarahkan murid untuk menyatakan kata dasar bagi setiap perkataan berimbuhan yang terdapat skrin papan putih dengan mengklik jawapan yang sesuai.

BCB:
Mendengar secara aktif, melaporkan maklumat.
KP :
Verbal-linguistik,
Interpersonal
Nilai :
Hormat-menghormati
Kerjasama
KB :
Menjana idea
Menerangkan sebab
BBM :
Power Point
Penutup Kognitif
-          Membuat rumusan.
-          Membuat lembaran kerja
Penutup sosial
-          Member pujian dan motivasi
Penutup ( 5 minit )
  1. Murid diminta menyebut perkara-perkara yang telah dipelajari.
  2. Murid diminta membuat lembaran kerja
  3. Murid akan bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah di atas tahap penguasaan murid.

KB :
Kontekstual
Menjana idea.


REFLEKSI
Kelemahan
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenalpasti.  Antara kelemahan tersebut ialah aktiviti untuk murid agak kurang. Hal ini disebabkan kekangan masa. Masa sesi pengajaran dan pembelajaran agak singkat menyukarkan guru untuk merancang aktiviti yang banyak untuk murid. Oleh yang demikian, aktiviti yang sangat ringkas menyebabkan murid kelihatan agak pasif.
Di samping itu, suasana kedudukan murid juga tidak begitu kondusif juga telah menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Lokasi tempat duduk murid statik iaitu murid hanya duduk di atas lantai sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Keadaan sebegini agak menyekat kebebasan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi dan interaksi guru terlalu laju menyebabkan murid tidak memahami apa yang guru cuba sampaikan. Soalan yang guru kemukakan juga agak ringkas dan tidak diselitkan dengan soalan yang melibatkan menguji minda. Soalan yang agak sukar menggalakkan murid menjana idea untuk memikirkan jawapan untuk soalan yang diutarakan.
Bahan bantu mengajar atau media pengajaran yang guru gunakan pula agak terhad dan paparan ‘Power Point’ juga terlalu maksima. Soalan kuiz juga terlalu mudah dan aras soalan untuk soalan kuiz juga sangat rendah. Murid lebih mudah untuk menjawab soalan.
Secara keseluruhan pengajaran dan pembelajaran guru agak kurang aktiviti. Aktiviti untuk murid agak kurang dan suasana pengajaran dan pembelajaran agak suram. Guru tidak menyelitkan unsur kecindan untuk membolehkan murid nampak lebih ceria.
Kekuatan
Kelebihan pada akhir pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan ialah objektif pengajaran dan pembelajaran saya tercapai. Hasil pembelajaran juga tercapai. Murid dapat menguasai isi pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran yang disampaikan dengan memuaskan. Guru juga telah berjaya menghasilkan sebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Media pengajaran dan bahan bantu mengajar yang digunakan agak menarik dan kreatif. Guru bijak menggunakan masa. Masa yang diperuntukkan telah mencukupi untuk melaksanakan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Bahasa yang guru gunakan begitu jelas dan mudah untuk difahami. Penerangan guru juga begitu jelas dengan menggunakan ayat dan perkataan yang mudah. Dengan menggunakan intonasi yang sesuai.
Secara keseluruhan, kekuatan sesi pengajaran dan pembelajaran ialah murid dapat memahami sesi pengajaran dan pembelajaran yang guru sampaikan. Guru juga telah mampu membuat rancangan pengajaran harian yang lengkap.

Langkah Mengatasi Kelemahan
          Kelemahan yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran perlu diatasi. Guru perlu memikirkan alternatif yang sesuai untuk memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti. Guru juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa untuk dikongsi bersama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
            Aktiviti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditambah dengan yang berpusatkan murid. Hal ini, adalah penting untuk memastikan murid agar tidak hilang tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu bijak semasa mengendalikan aktiviti untuk murid agar semua murid faham apa yang perlu dilakukan.
            Pertuturan juga perlu disesuaikan dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Guru tidak digalakkan berinteraksi dengan terlalu pantas. Interaksi dan komunikasi guru paling penting untuk memastikan murid memahami isi pelajaran dan kemahiran yang disampaikan.
            Soalan kuiz dan soalan yang lisan yang guru utarakan masih boleh diperbaiki. Guru perlu bijak mencipta soalan yang dikemukan. Soalan-soalan haruslah sesuai dengan aras dan melibatkan murid menjana idea agar perkembangan minda murid lebih luas.
            Bahan bantu mengajar juga perlu diperbaiki agar lebih kreatif dan menarik. Guru perlu bijak dalam menentukan media pengajaran yang akan digunakan yang sesuai dengan tema dan tajuk pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran juga yang akan dijadikan sebagai daya penarik untuk memupuk minat murid untuk belajar.